BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 1, 2010

InGaTLaH WaHaI SaHaBaT...

“Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.

Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.

Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya

0 comments: